Wantugo

Wantugo

Astro Shaw akan menghidangkan sebuah filem terbaharu berjudul WANTUGO yang dijangka akan tiba di layar kaca menjelang akhir tahun ini. Menariknya, Wantugo merupakan filem pertama di Malaysia yang mengangkat genre ‘Battle Royale’, serta menampilkan barisan pelakon ternama tanah air seperti Zul Ariffin, Sein Qudsi, Meerqeen, Sky Iskandar, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Nia Atasha, Yusof Hashim (Ucop), Arfie Shah, dan ramai lagi.

Genre ‘Battle Royale’ ini memaparkan sekumpulan individu yang ditempatkan dalam satu persekitaran tertentu dan terpaksa berjuang sesama sendiri demi kelangsungan hidup mereka.

Filem ini diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Labu, yang sebelum ini telah mengarahkan drama premium X-Change. Skrip filem ini pula ditulis oleh Ashraf Modee Zain. Wantugo diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama produksi dari Infinitus Productions Sdn Bhd.

Wantugo

Genre: Survival Thriller
Tarikh Tayangan: Penghujung tahun 2025
Penulis Skrip: Ashraf Modee Zain
Pengarah: Nurhanisham Muhammad (Labu)
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Produksi: Infinitus Productions Sdn Bhd

Pelakon

Zul Ariffin sebagai Khalif
Meerqeen sebagai Zak
Sein Qudsi sebagai Azam
Sky Iskandar sebagai Irfan
Daiyan Trisha sebagai Emylia
Elizabeth Tan sebagai Isabelle
Nia Atasha sebagai Gee
Yusof Hashim (Ucop) sebagai Harris
Arfie Shah sebagai Luqman

Sinopsis Wantugo

Filem ini mengisahkan Zak dan ‘The Clique’ yang tiba di sebuah taman tema yang telah lama ditinggalkan dan terbiar. Di sana, mereka bertemu dengan ‘Game Master’ yang menjelaskan kepada mereka tentang tiga pusingan permainan berbahaya yang perlu mereka lalui. Zak dan rakan-rakannya mula menyedari bahawa permainan ini mempunyai kaitan rapat dengan satu peristiwa tragik di masa lalu yang melibatkan rakan kolej mereka, Luqman. Suasana semakin tegang di kalangan ‘The Clique’ apabila mereka mula saling tuduh-menuduh dan menyalahkan satu sama lain, mencerminkan konflik dalaman yang mendalam dan hubungan yang retak di antara mereka.

Link Streaming —> Streaming

Link Download —> Download

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *