Wanita Milik Kaiden

Wanita Milik Kaiden

Jangan ketinggalan menyaksikan drama adaptasi novel Wanita Milik Kaiden hasil karya Nuriffa yang akan mula ditayangkan pada 26 Disember 2024. Drama ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam di slot Akasia TV3, atau boleh distrim di iQIYI pada jam 8.00 malam untuk pengguna VIP, manakala tontonan percuma akan tersedia selepas 48 jam. Drama terbitan Cinema Stage Production ini diarahkan oleh Jamal Khan dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Iedil Dzuhrie Alaudin, Emma Maembong, Shahz Jaszle, Liza Abdullah, Dayang Areeda, dan Datin Sri Maria Farida.

Wanita Milik Kaiden

Episod: 25
Tarikh Tayangan: 26 Disember 2024
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Novel: Nuriffa
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: Cinema Stage Production

Watak Pelakon

Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Kaiden
Emma Maembong sebagai Haila
Shahz Jaszle sebagai Erman
Dayang Areeda sebagai Katrina
Wafariena Roslan sebagai Dilla
Rasya Dean sebagai Sarah
Maria Farida sebagai Pn Sri Atillia
Liza Abdullah sebagai Pn Kamariah
Zaidi Omar sebagai Madi
Rezza Shah sebagai Edlan
Aprena Manrose sebagai Liana
Kael sebagai Akmal
Adrina Kamaruddin sebagai Haila
Izzy Reef sebagai Kaiden

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Lebih Baik
Penyanyi: Shiha Zikir
Komposer: Shazee Ishak, Audi Mok

Sinopsis Wanita di Milik Kaiden

Kisah ini bermula dengan pertemuan tidak terduga antara Haila (Emma Maembong) dan Erman (Shahz Jaszle), yang menjadi titik tolak hubungan mereka. Namun, Erman sebenarnya menyimpan rahsia besar bahawa dia telah bertunang dengan Sarah (Rasya Dean), gadis pilihan ibunya. Untuk memikat hati Haila, Erman menyembunyikan status pertunangannya. Dalam masa yang sama, Kaiden (Iedil Dzuhrie Alaudin), sahabat baik Erman sejak universiti, tanpa diduga mempunyai sejarah hubungan dengan Haila. Mereka pernah rapat sewaktu di kampung, namun satu tragedi dalam keluarga Haila membuatkan Kaiden menjauhkan diri daripadanya.

Kehadiran Haila dalam hidup Erman mengubah banyak perkara, tetapi sikap Erman yang suka mempermainkan hati wanita menimbulkan keraguan di hati Kaiden. Keadaan bertambah rumit apabila Sarah, yang sedang hamil, mendesak Erman bertanggungjawab, sementara Puan Kamariah (Liza Abdullah) berusaha menyatukan mereka sebagai tanda terima kasih kepada keluarga Sarah yang pernah membantu menyelesaikan masalah kewangan mereka. Haila, seorang gadis yatim piatu, merasakan perhatian dan kasih sayang Erman adalah sesuatu yang tidak pernah dirasainya, tanpa menyedari konflik yang tersembunyi di sebaliknya.

Kaiden, yang menaruh perasaan terhadap Haila sejak zaman sekolah, berada dalam dilema. Dia mengetahui rancangan perkahwinan Haila dan Erman, tetapi menyedari sisi gelap Erman, Kaiden terpaksa memilih antara melindungi Haila daripada menjadi mangsa atau menerima hakikat cintanya yang tidak kesampaian. Apakah tindakan Kaiden? Mampukah dia menghentikan niat buruk Erman dan meluahkan perasaannya kepada Haila?

Petikan Novel

Bagi Haila, perkahwinan adalah ikatan yang memerlukan kejujuran. Namun, perkahwinannya dengan Erman yang baru setahun berakhir dengan kekecewaan apabila Erman menyatakan hasrat untuk berkahwin lain.

“Abang nak kahwin lagi satu. Dengan… Katrina.” – Erman
“Kenapa? Apa kurangnya Ila sampai abang nak kahwin lain? Atau sebab Ila masih belum mengandung? Kita… kita baru kahwin setahun.” – Haila
“Ini bukan sebab Ila ada kekurangan. Bagi abang tak salah lelaki nak berpoligami. Abang mampu.” – Erman
“Ila ni jahat. Ila tamak. Tapi, Ila bukan hipokrit. Kalau betul abang nak kahwin lain, sila ceraikan Ila.” – Haila

Haila berharap permintaannya akan menyedarkan Erman, tetapi sebaliknya, Erman menceraikannya demi Katrina. Dalam kesedihan selama enam bulan, Haila melihat kebahagiaan Erman bersama isteri barunya. Nekad untuk bangkit, Haila meminta bantuan Kaiden.

“Kaiden, saya nak minta tolong. Boleh awak bawa saya ke majlis reunion sekolah nanti? Awak menyamar jadi teman lelaki saya. Saya nak tunjuk depan Erman yang saya juga boleh bahagia.” – Haila
“Apa yang aku dapat kalau aku setuju dengan rancangan kau ni?” – Kaiden
“Saya… saya boleh jadi orang suruhan awak. Kalau awak nak apa-apa, awak boleh arah saya.” – Haila
“Aku tak perlukan orang suruhan. Aku dah ada ramai pekerja.” – Kaiden
“Kalau macam tu, saya… saya boleh jadi isteri awak.” – Haila

Bermula dengan perjanjian, Haila dan Kaiden saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun mereka tidak saling mencintai, perlahan-lahan cinta mula berputik.

“Ila, abang minta maaf. Abang tahu keputusan ceraikan Ila dulu adalah kesilapan terbesar abang.” – Erman
“Dulu dia milik kau. Sekarang dia milik aku.” – Kaiden

Kaiden, yang cinta sepenuh hati, bertekad melindungi Haila sehingga ke akhir hayatnya. Namun, mampukah mereka bertahan menghadapi dugaan yang mendatang?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *