Jangan ketinggalan menyaksikan drama adaptasi novel Rona Bosphorus karya Dr. Zaid Akhtar, yang akan ditayangkan di TV Okey bermula 1 Januari 2025. Drama bersiri 26 episod ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 9 malam. Menampilkan gandingan pelakon utama Syafi Tee dan Husna Mustaffa, drama ini pastinya menjanjikan kisah yang menarik untuk diikuti.
Rona Bosphorus
Episod: 26
Tarikh Tayangan: 1 Januari 2025
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 9:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Zabidi Mohamed & Zaid Akhtar
Pengarah: Khalid Nadzri
Produksi: SA Dinamik Sdn Bhd
Watak Pelakon
Syafi Tee sebagai Afham
Husna Mustaffa sebagai Amal Hayati
Dania Iza sebagai Naurah
Habeeb Rasely sebagai Mohd Khairi
Hafizuddin Fadzil
Kuna Muzani
Boy Naszeli Ngasri
Duha Uner
Qazem Nor
Datin Anne Ngasri
Rasya Dean
Ikhlas Jalil
Inas Sofea
Sinopsis Rona Bosphorus
Mengisahkan seorang gadis bernama Amal Hayati yang mengalami kekecewaan mendalam selepas putus tunang dengan Khairi.
Sinopsis Novel Rona Bosphorus
Hidup, di mana sahaja kita berada, penuh dengan warna-warni ujian – satu pengukur bagi kematangan setiap insan, lebih-lebih lagi bagi jiwa muda.
Afham dan Amal Hayati, dua siswazah dari Jordan yang tidak pernah saling mengenali, masing-masing memilih untuk tidak kembali ke tanah air. Mereka membawa hati dan harapan ke Turki, sebuah negara yang unik, terletak di dua benua, dipisahkan oleh Selat Bosphorus yang indah – simbol penuh makna dan rona kehidupan.
Di sana, mereka meneruskan pengajian, menyebarkan ilmu di madrasah, dan bertemu dengan individu seperti Emine, Ilhan Yakin, dan Erfan. Dalam perjalanan ini, mereka terpanggil untuk mengambil tanggungjawab mempertahankan prinsip serta melaksanakan amanah yang dipegang.