Langit Ke Tujuh

Langit Ke Tujuh
Langit Ke Tujuh

Bersedia untuk menyaksikan sebuah kisah yang penuh dengan pengajaran mendalam dalam drama bersiri Langit Ke Tujuh. Drama ini membawa penonton menyelami gelapnya bahaya ketaasuban terhadap ajaran sesat yang menghancurkan kehidupan.

Diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd dan diarahkan dengan penuh kepakaran oleh Heykal Hanifah, Langit Ke Tujuh menampilkan barisan pelakon hebat yang tidak asing lagi, termasuk Zamarul Hisham, Nora Danish, Farahdhiya, Faezah Elai, Chacha Maembong, Nafiz Muaz, dan Datuk Fauziah Nawi.

Mulakan perjalanan emosi ini pada 23 Januari 2025, setiap hari Isnin dan Khamis, hanya di Tonton. Anda boleh menstrim drama ini melalui laman web rasmi di www.tonton.com.my atau nikmati pengalaman menonton dengan mudah melalui aplikasi Tonton yang tersedia di Google Play dan App Store. Jangan ketinggalan menyaksikan kisah yang pasti menggugah jiwa anda!

Langit Ke Tujuh

Episod: 8
Mula Tayangan: 23 Januari 2025
Hari Siaran: Isnin & Khamis
Platform: Tonton
Idea Asal: Mira Mustaffa
Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd

Pelakon

Zamarul Hisham sebagai Ayah Abdul
Nora Danish sebagai Kalsom
Farahdhiya sebagai Zainab
Faezah Elai sebagai Suhana
Chacha Maembong sebagai Zahara
Nafiz Muaz sebagai Yusof
Fauziah Nawi sebagai Mak Ina
Haqeem Heykal sebagai Salman
Muhammad Faisal Othman sebagai Budin
Syean Mokhtar seabgai Tok Ayah
Nurul Madzlyana seabgai Riana
Iman Suhana sebagai Tuah
Azlan Azmi sebagai Khairiz
Izy Selamat sebagai Julia

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Genggam
Artis: Apwriter & Afif Tirmizi
Komposer: Apwriter & Noktah
Lirik: Apwriter

Sinopsis Langit Ke Tujuh

Ayah Abdul (Zamarul Hisham), seorang pemimpin berkarisma yang mengetuai komuniti pemujaan agama dikenali sebagai Tanah Surgo, mempercayai dirinya sebagai penyelamat dunia. Dengan kata-kata yang penuh keyakinan, dia meyakinkan para pengikutnya bahawa Tanah Surgo adalah jalan mutlak menuju Tuhan dan syurga. Para pengikutnya terlalu taksub, sehingga sanggup mempertahankan komuniti itu walau dengan nyawa sekalipun.

Ayah Abdul tidak bersendirian. Dia ditemani oleh tiga orang isterinya: Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai). Keharmonian palsu mereka mula goyah apabila seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), terpikat dengan janji-janji manis Ayah Abdul dan bersedia menjadi isteri keempatnya. Namun, Zahara mula melihat sisi gelap komuniti itu.

Di sebalik topeng kesucian, Zahara menemui realiti pahit — ajaran dan amalan Tanah Surgo sebenarnya jauh menyimpang daripada ajaran agama. Dengan keberanian yang dikumpul, Zahara tekad untuk membuka mata semua, membongkar kebatilan yang tersembunyi di balik nama suci Tanah Surgo.

Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) hadir di Tanah Surgo untuk bertemu kembali dengan ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), selepas bertahun-tahun terpisah. Namun, apa yang sepatutnya menjadi pertemuan bahagia berubah menjadi pengalaman yang menyesakkan. Yusuf mula menyaksikan kejanggalan demi kejanggalan di Tanah Surgo, membuatkan hatinya diselubungi keraguan.

Melihat bagaimana ibunya kian terjerat dengan pengaruh Ayah Abdul, Yusuf tidak mampu berdiam diri. Dia bertekad menyelamatkan Mak Ina dan menyedarkan para pengikut lain, meskipun risiko yang dihadapinya sangat besar.

Dalam dunia penuh tipu daya dan ketaasuban ini, setiap watak berjuang untuk mencari cahaya kebenaran. Apakah Zahara dan Yusuf mampu mendedahkan kebatilan Tanah Surgo? Adakah mereka berjaya menghentikan pengaruh Ayah Abdul sebelum semuanya terlambat? Saksikan perjalanan yang penuh dengan persoalan dan pengorbanan dalam Langit Ke Tujuh.

Link Streaming —> Streaming

Link Download —> Download

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *