Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri Cinta Bukan Milik Kita, terbitan Zeel Production dan arahan Emi Suffian. Drama ini menampilkan gandingan hebat Khai Bahar dan Sharifah Rose sebagai watak utama, serta dibintangi oleh Putri Delyna, Marc Saddique, dan Syahmie Thsaqeef.
Cinta Bukan Milik Kita akan bersiaran di Slot Samarinda TV3 bermula 19 Disember 2024, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Nikmati episod baharu drama ini 24 jam lebih awal secara eksklusif di Tonton. Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.
Cinta Bukan Milik Kita
Episod: 14
Tarikh Tayangan: 19 Disember 2024
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Mufid Suhaimi, Haji Zeel, Lee Chonz & Marr Mohamad
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Khai Bahar sebagai Redza
Sharifah Rose sebagai Manis
Putri Delynna sebagai Azalea
Marc Sadique sebagai Raden
Syahmie Thsaqeef sebagai Asran
Kartina Aziz sebagai Wan Lijah
Ahmad Idham sebagai Abdullah
Esma Daniel sebagai Sazali
Lydiawati sebagai Robiah
Nadia Kesumawati sebagai Intan
Amir Haikal sebagai Muiz
Ainnur Naqeebah Hafedz sebagai Anessa
Halmey Hamdah sebagai Razak
Fendi Seman sebagai Pak Pen
Rosmi Ibrahim sebagai Tok Ketua
Amirshah Rosmizan sebagai Redza (kecil)
Adeeb Ar Rafee sebagai Muiz (kecil)
Chenta Salsabila sebagai Aneesa (kecil)
Nazril Khalid sebagai Azale (kecil)
Ratu Dania sebagai Azale (kecil)
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lemas
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer: Hykal Kadir
Penulis Lirik: Haziman Azli
Sinopsis Cinta Bukan Milik Kita
Redza (Khai Bahar) ialah seorang pemuda kampung yang membesar di kebun harum manis keluarganya di Perlis. Selepas pemergian bapanya, Redza terpaksa memikul tanggungjawab besar mengurus kebun tersebut seorang diri. Keadaan menjadi semakin mencabar apabila ibu saudaranya, Robiah (Lydiawati), berusaha merebut kebun itu demi kepentingan peribadi. Walaupun hasil kebun sering dikuasai oleh Robiah, Redza tidak pernah berputus asa dan terus mempertahankan tanah warisan keluarganya yang penuh nilai sentimental.
Dalam perjalanan hidupnya, Redza berkawan rapat dengan Manis (Sharifah Rose), seorang gadis bandar yang memiliki latar belakang berbeza daripadanya. Persahabatan mereka perlahan-lahan berkembang menjadi cinta. Namun, hubungan itu tidak diterima oleh bapa tiri Manis, Sazali (Esma Daniel), yang memandang rendah kehidupan sederhana Redza. Untuk memisahkan mereka, Sazali membawa Manis ke Jakarta, meninggalkan Redza dengan satu janji – mereka akan bertemu kembali di bawah pokok harum manis yang pernah mereka tanam bersama.
Bertahun-tahun terpisah, cinta antara Redza dan Manis tidak pernah pudar walaupun pelbagai dugaan mendatang. Manis menghadapi tekanan hidup di kota, sementara Redza terus berjuang mempertahankan kebunnya yang menjadi lambang ketabahan hidupnya. Namun, takdir terus menguji cinta mereka. Adakah mereka akan dipertemukan semula di bawah pokok harum manis, atau mungkinkah janji itu hanya tinggal kenangan yang terkubur?