Calon Isteri Buat Suami

Calon Isteri Buat Suami
Calon Isteri Buat Suami

Jangan lupa saksikan drama adaptasi novel Calon Isteri Buat Suami hasil karya Sophilea yang bakal menghiasi slot Akasia di TV3. Drama menarik terbitan Sha’s Media Sdn Bhd ini diarahkan oleh Bahri Uma, dengan gabungan hebat pelakon utama Jazmy Juma dan Siti Hariesa.

Calon Isteri Buat Suami

Episod: 25
Tarikh Tayangan: 2025
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Novel: Sophilea
Pengarah: Bahri Uma
Produksi: Sha’s Media Sdn Bhd

Pelakon

Jazmy Juma sebagai Nazim Hilman
Siti Hariesa sebagai Haizi
Trisha Ooi sebagai Dayanah
Hazeeq Dean sebagai Khalif
Razak Ahmad sebagai Haji Hamdan
Jasmin Hamid sebagai Datin Yasmin
Tony Eusoff sebagai Datuk Rizuan
Emelda Rosemila sebagai Zahnita
Jannah Izwandy sebagai Sharina
Razzuan Rosli sebagai Danif
Shazia Rozaini
Dayang Areeda
Talha Harith
Kirana Batrisyia
Zarynn Min
Nadia Aqilah
Fauziah Nawi

Sinopsis Calon Isteri Buat Suami

“Apa? Kahwin dengan anak Datin? Biar betul ni? Anak Datin tu gay ke apa sampai tak ada girlfriend?” – Haizi

“Saya nak awak kahwin dengan dia supaya dia sedar, di dunia ini lelaki dan perempuan saling melengkapi. Awak boleh tamatkan kontrak ni bila awak berjaya carikan jodoh yang sesuai untuk Nazim.” – Datin Zainab

Berat benar tugasan ini. Diminta bernikah, kemudian carikan jodoh lain untuk suami. Kerja gila macam ni, hanya orang tak waras yang sanggup buat. Tapi anehnya, hati Haizi berbisik agar menerima cabaran ini.

“Mama nak suruh Nazim kahwin dengan budak tu? Mama fikir Nazim dah hilang akal ke nak setuju?” – Raja Nazim

Namun, Datin Zainab tetap berkeras. Selagi Raja Nazim tidak bertemu jodoh lain, Haizi kekal sebagai isteri Nazim, sama ada suka atau tidak. Dan akhirnya, Raja Nazim dan Nur Haizi pun disatukan. Tapi hidup sebagai isteri Raja Nazim jauh dari mudah. Apa saja yang dilakukan Haizi sentiasa tak kena di mata suaminya.

“Awak ni tahu buat kopi ke tak? Awak ingat saya hidup zaman Nujum Pak Belalang nak minum kopi pahit macam ni?”

“Saya nak sandwich ada mayonis. Awak tahu ke apa itu mayonis?”

“Eh, saya tahulah mayonis tu apa! Mayonis tu bulat leper macam piring terbang. Lepas makan, awak boleh terbang ke planet lain sebab duduk kat bumi ni asyik menyusahkan orang.”

Haizi tak lagi menahan diri, dia mula melawan. Tapi dalam perang kata-kata itu, perasaan yang tak terduga perlahan-lahan mula tumbuh.

“Awak demam, Haizi. Jangan degil bila saya suruh makan ubat. Atau awak nak saya peluk awak kuat-kuat dan suapkan ubat ke mulut awak?”

Raja Nazim, yang pada awalnya menolak, mendapati dirinya perlahan-lahan jatuh cinta pada Haizi. Tapi, meluahkan perasaan bukan mudah. Apatah lagi, Haizi sibuk mencarikan calon isteri lain untuknya. Satu demi satu gadis diperkenalkan kepada Nazim, semuanya demi memenuhi janji Haizi pada Datin Zainab. Tetapi, setiap kali pertemuan diatur, hatinya kian terluka.

“Okay, calon isteri yang seterusnya …”

“Cukup, Haizi. Abang tak nak dengar lagi tentang calon isteri lain. Haizi tak sayangkan abang ke, sampai sanggup nak bagi abang pada orang lain?”

Akhirnya, saat hatinya tak mampu lagi memendam, Nazim memilih untuk berterus terang.

“Tapi… layakkah Haizi untuk abang?”

Namun, mana mungkin cinta hadir tanpa rintangan. Cinta yang baru mula berputik belum tentu mampu berkembang bahagia. Mampukah mereka bertahan menghadapi ujian takdir? Atau segalanya akan hancur sebelum cinta itu benar-benar sempurna?

Link Streaming —> Streaming

Link Download —> Download

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *