Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempersembahkan drama adaptasi novel Segala Tentang Dia hasil karya Suci Hidayat, yang diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd. Diarahkan oleh Emdy Idris, drama ini ditayangkan dalam slot Widuri, setiap Jumaat hingga Ahad, pada pukul 6.45 petang di TV1 dan RTMKlik.
Buang Segala Tentang Dia
Episod: 26
Tarikh Tayangan: 15 Disember 2024
Waktu Siaran: Jumaat – Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Novelis: Suci Hidayat
Penulis Skrip: Haswida Abu Bakar
Pengarah: Emdy Idris
Produksi: Filmscape Sdn Bhd
Pelakon
Dayang Areeda sebagai Nur Iman Alisa
Syaffiq Sahli sebagai Ibra Iskandar
Mustaqim Bahadon sebagai Zaid
Aishah Azman sebagai Via
Jay Iswazir sebagai Azrul
Azzahra Ahmad sebagai Izzah
Ily Mokhtar sebagai Sue
Silfeny Osman sebagai Darlina
Juita Johari sebagai Datin Ammara
Sinopsis Buang Segala Tentang Dia
Iman Nur Alisa percaya bahawa perkahwinan yang direstui oleh ibu bapa akan membawa kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Namun, dugaannya meleset. Cinta Zaid terhadap Alisa lenyap seiring dengan pudarnya kecantikan yang pernah memikat hati lelaki itu pada pandangan pertama. Alisa kehilangan seorang suami yang dahulunya bersumpah untuk mencintai dan melindunginya.
Hatinya remuk akibat kata-kata yang dilontarkan oleh Zaid. Lebih menyakitkan, Alisa sering menjadi mangsa pukulan lelaki yang sudah hilang pertimbangan itu. Akhirnya, Zaid meninggalkannya dalam keadaan mental yang terdera. Pada masa yang sama, muncul Via, bekas kekasih Zaid, yang nekad untuk mendapatkan kembali lelaki yang pernah Alisa “rampas” daripadanya.
Melihat penderitaan Alisa, cinta lama Ibra Iskandar yang pernah terkubur kembali menyala. Dia memohon peluang untuk mencintai Alisa semula. Namun, Alisa yang masih trauma dengan pengalaman pahitnya merayu agar Ibra menjauhkan diri. Rasa takut untuk mempercayai lelaki kembali begitu mendalam dalam dirinya.
Lalu, bagaimana kesudahan hubungan antara mereka?