Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Akad Yang Terlindung terbitan Creative Skill Solution yang akan menemui penonton melalui slot Samarinda di TV3 bermula 14 Januari 2025. Drama ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. Dengan 20 episod, drama ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Siti Hariesa, Adam Lee, Ryun, Lorenzo Irman, dan Khalida Balqis.
Tonton setiap episod Akad Yang Terlindung di iQIYI sejam selepas tayangan di TV. Pelanggan VIP iQIYI boleh menonton episod terkini seawal jam 11.00 malam pada hari yang sama, manakala episod baharu tersedia secara percuma selepas 48 jam tayangan.
Akad Yang Terlindung
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2025
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Creative Skill Solution
Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Remy
Siti Hariesa sebagai Sophia
Ryun sebagai Lisa
Lorenzo Irmann sebagai Raff
Khalida Balqis sebagai Lara
Wilma Muhammad sebagai Aisyah
Maria Farida sebagai Datin Leyla
Esma Daniel sebagai Dato Haris
Jasmin Hamid sebagai Salma
Sham Visa sebagai Azri
Mior Hashim Manap sebagai Tan Sri Imran
Faye Kusairi sebagai Kak Tim
Aziq Mukhriz sebagai Hidayat
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Urai
Artis: Elliza Razak
Komposer & Lirik: Shazriq Azeman, Omar K, Iqie Hugh
Sinopsis Akad Yang Terlindung
Berkisarkan tentang perebutan kuasa, cinta, dan pengkhianatan dalam sebuah keluarga yang menyimpan pelbagai rahsia.
Sophia (Siti Hariesa) dibesarkan bersama ibunya, Aisyah, di bawah jagaan keluarga kaya Dato’ Haris dan Datin Leyla, tempat ibunya bekerja sebagai pembantu rumah. Sejak kecil, Sophia dan Aisyah sering menjadi sasaran penghinaan dan layanan buruk daripada Datin Leyla serta anak sulungnya, Lisa. Namun, anak kedua mereka, Lara, kerap menunjukkan simpati dan berusaha melawan tindakan zalim tersebut.
Apabila Sophia meningkat dewasa, dia mula bangkit menentang ketidakadilan yang dialaminya. Dengan tekad mencari kebebasan, dia mengajak ibunya meninggalkan rumah itu. Namun, Aisyah enggan kerana terikat dengan rahsia besar yang tidak dapat didedahkan.
Sophia kemudiannya bertemu dengan Remy (Adam Lee), seorang klien yang mendapatkan rawatan fisioterapi daripadanya. Walaupun Sophia cuba bersikap profesional, Remy mula menunjukkan minat terhadapnya. Perasaan mereka mula bercambah, tetapi hubungan itu tidak semudah yang disangka.
Remy juga berasal dari keluarga yang penuh konflik. Ayahnya, Azri, sering memanipulasinya untuk kepentingan syarikat keluarga. Hak Remy sebagai pewaris dinafikan kerana campur tangan isteri kedua Azri, yang lebih memihak kepada anak tirinya, Raff.
Keadaan semakin rumit apabila Dato’ Haris dan Azri merancang untuk menyatukan Lisa dan Remy demi memperkukuh empayar perniagaan mereka. Lisa yang mengidamkan kedudukan Remy sebagai CEO sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan rancangan tersebut. Namun, Remy terperangkap antara tanggungjawab keluarga dan cintanya terhadap Sophia.
Sophia berasa dikhianati apabila mengetahui rancangan perkahwinan antara Remy dan Lisa. Lebih memeritkan, individu yang merebut cintanya adalah orang yang paling dibencinya sejak kecil. Mampukah Sophia melawan takdir dan mempertahankan kebahagiaannya, atau adakah dia terpaksa mengalah?