Nantikan drama adaptasi daripada novel ‘Dia Imamku’ hasil karya Siti Rosmizah yang akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria pada bulan Ramadan 2025. Drama bersiri sebanyak 52 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader serta menampilkan lakonan Siti Saleha dan Kamal Adli.
Dia Imamku
Episod: 52
Tarikh Tayangan: Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: SR One Sdn Bhd
Pelakon
Siti Saleha sebagai Cempaka Humairah
Kamal Adli sebagai Amiruddin
Zara Zya sebagai Lily
Imam Shah sebagai Rafiq
Haneesya Hanee sebagai Dahlia
Khatijah Tan sebagai Nenek Bunga
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Orkid
Fikhree Bakar sebagai Amar
Fiza Thomas sebagai Hasnah
Amy Nur Tinie sebagai Rafizah
Muaz Fitri sebagai Azman
Balkisyh Semundur Khan
Lia Natalia
Farhan Asri
Sharleen
Sinopsis Dia Imamku
Angkuh! Sombong! Itulah sifat Cempaka Humairah. Dia tidak suka kepada Amiruddin, cucu angkat neneknya, seorang lelaki kampung yang langsung tidak dipandang oleh Humairah.
Amiruddin adalah kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Namun, Dahlia bukanlah seorang yang baik, malah tamak dan mata duitan.
Amiruddin dikhianati oleh pak longnya sendiri. Nenek Bunga kemudian membantu mendapatkan pekerjaan untuk Amiruddin sebagai pemandu peribadi Humairah. Namun, setiap hari Amiruddin terpaksa berdepan dengan cacian dan amarah Humairah. Dia hanya mampu bersabar, sedangkan orang lain mungkin sudah hilang kawalan.
Datin Orkid, ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik, yang menjadi wali pernikahan Lily, anak sulung mereka. Demi cinta, Lily sanggup meninggalkan keluarganya. Namun, hidupnya menjadi sengsara, lebih-lebih lagi setelah disahkan menghidap kanser.
Dalam masa yang sama, Dahlia bersekongkol dengan Razak untuk memerangkap Humairah. Namun, Amiruddin muncul menyelamatkan Humairah daripada niat jahat mereka.
Malangnya, Rafiq tidak percaya. Dia menuduh Humairah berlaku curang dan mempersoalkan kesuciannya!
Demi menjaga maruah Humairah dan keluarganya, Amiruddin dengan hati yang ikhlas menerima Humairah sebagai isterinya.
Namun, Humairah hanya berpura-pura mencintainya. Dalam masa yang sama, Rafiq kembali menagih cintanya. Akhirnya, Amiruddin disingkirkan dari hidup Humairah!
Humairah menyangka cinta Rafiq adalah cinta sejati. Tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perkara yang tidak diduga berlaku, membuatkan Humairah akhirnya mengenal cinta sejati yang sebenar.